Anda memilih untuk berubah.
Anda memilih untuk keluar daripada zon selesa.
Anda memilih untuk membina kehidupan dan bisnes yang lebih baik.
Dan keputusan itu telah membawa anda sehingga ke tahap hari ini.
Namun perjalanan seorang usahawan tidak pernah berhenti.
Masa berubah. Pasaran berubah. Pelanggan berubah. Cabaran berubah.
Sebagai founder… anda juga perlu berubah.
LET'S SWITCH! diwujudkan khas untuk Alumni RichWorks yang mahu berhenti seketika, melihat semula kedudukan diri, bisnes ataupun kerjaya, kemudian kembali membina momentum bersama mentor dan komuniti yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan anda.




